Wednesday, August 26, 2009

Salam Ramadhan.....


"Selamat berpuasa kepada semua sahabat-sahabat seIslam....."

Tuesday, August 25, 2009

Aduhai muslimat..sedarilah hakikat ini..

Ibnu_Muaz menulis "Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah,
PERTAMA - AYAHNYA
- Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
KEDUA - SUAMINYA
-Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
KETIGA ABANG-ABANGNYA
-Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
-Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.
Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita. Wallahua'lam bissowab"

Monday, August 24, 2009

Seronoknya Balik Kampung....Rompin, Pahang.!!!

Salam Ramadhan buat umat Islam semua.......
Alhamdulillah..... syukur pada Yang Esa kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udaranya di bulan Ramadhan yang mulia ini.... dan detik yang paling bahagia sekali ialah kami dapat menyambut Ramadhan bersama Umi dan abah tercinta.... setelah hampir 2 bulan tak balik..... Seronok sangat... tapi ingat kan sempat jugak jumpa abg ngan Kak long ngan anak-anak sedare yang cumil..... rupanya tak sempat.... takpelah mungkin lain kali dapat kot jumpa....
Teringat lagi masa sampai tu... kami tengok banyak sangat lauk-pauk yang Umi masak... kononnya nak menyambut dua keluarga balik.... macam-macam lauk antaranya ayam percik, ikan selar kuning yang digoreng rangup..... dan macam-macam lagilah.....
Erm..tapi takpelah...Umi abah dan kami je yang akan setelkan sedaya mampu... tak nabis jugak sebabnya perut dah sarat tak mampu nak habiskan.... jadi lauk-pauk tu ditransfer ke SAHUR esoknya...
Kami luangkan masa bersama Umi Abah selama 4 hari 3 malam.... Sama-sama sahur, berbuka puasa, solat Maghrib sama-sama, pergi solat Subuh,Isyak dan Tarawikh sama-sama... erm seronoknya....
Menu berbuka hari pertama best!! Kami makan LAKSA LEMAK KAMPUNG SEPAYANG... itulah yang kami tunggu2 dan impi2kan bila balik rompin..... bukan saja makan untuk berbuka tapi foward sekali masa sahur... rindu sangat masakan umi abah tu.....
Menu berbuka hari kedua best jugak!!! Bee Hon Sup Ayam..... erm...sedap.... Lain dari yang lain.... biasalah air tangan ibu.. mana boleh lupa.... air tangan si Shida ada jugak...hehehe....!!! sebab dia tolong Umi... hehehe.....
Boleh kata si am ni tak jumpa nasi la bila time buka puasa..... yelah..nasi bila-bila pun boleh makan.....
Isnin pagi kami bertolak balik... sedih jugak sebab bila lagi berpeluang balik.... tapi Umi Abah jangan risau..kami semua akan balik RAYA KEDUA tahun ni.... sebab RAYA PERTAMA dah janji nak raya rumah mertua masing..... Abang Long di Keratong, Angah di Kuantan, si Am di Melaka dan si Izu di Johor..... Epah Izat erm...mana lagi... Rompin la.... teman umi abah dulu..ok. Kami On The way..... hehehe... I Follow....
Erm..oklah celoteh kali ini... cuma nak sama-sama ingatkan.... sama-samalah kita banyak ibadah sempena bulan yang Mulia ini.... ibadah SUNAT Allah janjikan pahalanya seperti ibadah WAJIB.... jadi tak rugi kita berkejar nak buat malah bertambah pahalanya.... InsyaAllah sama-sama kita cuba laksanakan... ok. AMIN...
Ilal liqoq... Ma`as salamah...
RAMADHAN KARIM.......

Tuesday, August 18, 2009

TIDAK TERLALU BERLEBIHAN DALAM BERKASIH SAYANG DAN MARAH

Dari Sayyidina Ali r.a, katanya: " Kasihilah kekasihmu sekadar cuma, kerana mungkin sekali ia akan bertukar menjadi orang yang engkau benci suatu hari nanti, dan marahlah orang yang engkau benci sekadar cuma, kerana mungkin sekali ia akan bertukar menjadi orang yang engkau sanyangi suatu hari nanti."
Sebuah kata pepatah ada menyebut: " Tidaklah kekasihmu itu melampau dan tidak jua marahmu itu membinasakan."
Menurut segolongan ahli bijaksana:"Janganlah kamu keterlaluan dalam persaudaraanmu, kerana ia mungkin akan menyebabkan kamu meninggalkan saudaramu itu (kelak). Dan seandainya dia mengetahui segala rahsiamu sewaktu masih bersaudara, maka tidak mustahil jika suatu masa nanti dia akan bertukar menjadi kebencianmu sewaktu berlakunya perpisahan."
Alangkah indahnya, apa yang telah diriwayatkan oleh Ar-Raafie dari Abu Ishak As-Subaie, bahawa dia telah berkata: Pada suatu ketika, Sayyidina Ali r.a sedang bermuzakarah dengan para sahabat dan teman- temannya tentang adab yang baik dengan katanya:
"jadilah engkau umpama bahan galian bagi kebaikan dan maafkanlah (manusia) dari kesakitan ( yang engkau terima ), kerana sesungguhnya engkau melihat apa yang telah engkau lakukan dan dengar.
Dan kasihilah ( orang lain ) dengan tidak keterlaluan, kerana engkau tidak tahu bilakah engkau akan bermusuhan (dengannya)."
"Dan marahlah (orang lain) dengan perasan marah yang tidak melampau, kerana engkau tidak tahu bilakah cinta kasih itu akan kembali."

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak.....

Alhamdulillah..... tiga hari lagi dah masuk bulan Ramadhan Al-Mubarak..... (masa kecik2 dulu panggil bulan puasa) menurut perhitungan kalendar hari Sabtu ni 22.08.2009 (sabtu)... tapi masih kena tengok anak bulan.....
Kat opis aku dah dapat Kalendar Imsak dan berbuka.... istimewa lagi sebab sebelah kalendar tu ada gambar orang kuat Melaka ( TYTT dan CM) sedang buat cerapan anak bulan..... kira lain dari lain la.... Cantik....
Perancangan balik Rompin, Pahang akan berjalan seperti dirancang... InsyaAllah kalau larat malam jumaat(21.8.09) akan bertolak balik tapi sayang jugak sebab terlepas Solat Tarawikh malam pertama..... Erm..... tapi kalau balik Sabtu pagi ok jugak rasanya sebab malam jumaat dapat Solat Tarawikh malam pertama dan insyaAllah untuk malam2 seterusnya.... istiqomah..... Takpelah.....nanti kena buat comfirmation semula dan akan bagitau umi abah....
Umi abah.... anakanda berdua akan balik sambut Ramadhan dengan umi abah...
Seronok rasanya adik-beradik lain ada jugak balik..... bestnye dapat sambut Ramadhan ramai2....
Bila di hitung2...dan dekat 2 bulan kami tak balik Pahang... terkenang wajah umi abah menanti kepulangan kami..... tapi akibat kekangan masa dan kerja.... Si Shida cikgu.. susah sikit nak cuti.....terpaksa tangguhkan sehingga ada kelapangan masa.... kebetulan minggu depan cuti sekolah seminggu..... jadi my wife cuti dan aku pun apply cuti 1 day hari Isnin..... jadilah......
Oklah.... nanti lain masa kami tulis lagi..... ok.
Ilal Liqo` Ma`as salamah....

Wednesday, August 12, 2009

A Farmosa Resort..... Kau tunggu kami!!!....

Salam buat semua....... erm... tajuk kali ni memang best!! Nama pun rezeki yang tak disangka-sangka....
Baru-baru ni jabatan si am iaitu JKSM dgn kerjasama Mahkamah Melaka menganjurkan Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia.... bertempat di A Farmosa Resort Melaka....
Malam yang kedua diadakan Majlis Makan Malam bersama Tan Sri Ketua Pengarah JKSM...
Nak di jadikan cerita.... diadakan Cabutan Bertuah pada malam tersebut.... ALhamdulillah hadiah2 yang ditawarkan menarik minat semua yang hadir..... termasuklah si am ni ha....
Memang dari rumah lagi tak budjet pun nak dapat sebab selama cabutan bertuah dibuat... langsung tak pernah dapat!!! tu yang malas nak mengharap.... nanti tak dapat...balik rumah muka sedih.....
Si am pulak bila dah ramai member-member dipanggil namanya untuk ambik hadiah... ada antara hadiahnya percutian di A Farmosa resort 2 hari satu malam di hotelnya...kemudian dapat free tiket untuk 2 org ke Waterworld, Cowboy town dan Safari night yang semuanya ada dalam resort tu... erm..kalau dihitung2 nilai hadiah tu lebih kurang RM 300.00!!! wow...bestnye.....
Yang tak tahan tu...member sebelah si am tu dapat hadiah A Farmosa Resort!! apa lagi si am mula pasang angan2 yang dapat jugak.... mulut tak habis2 berdoa....
Sekali tup2....nombor si am dipanggil... 220....220 sila naik ke pentas!!! terkejut si am... tak cakap banyak naik terus.... dari jauh si am dah nampak sampul surat panjang.... ha...sah dapat jugak hadiah best tu!!! Alhamdulillah....ucap si am.... akhirnya dapat jugak.... Allah dengar hati kecik si am tu...amin....
Erm...lepas2 ni boleh planing untuk Honeymoon yang ketiga.....hehehe... melaka pun melaka lah.... janji FREE.....
Ilal Lqo` Ma `assalamah....

Sunday, August 2, 2009

Dah masuk bulan merdeka...

Salam buat semua.....

Hari ni 2 ogos 2009... hari kedua di bulan kemerdekaan... si shida cuti seminggu... tak ngajar sebab sekolahnye tutup akibat H1N1.... langkah berjaga-jaga dari dijangkiti... katanya sehari sebelum sekolah ditutup pada 31.7.09 lepas, pihak pejabat kesihatan datang buat saringan pada semua pelajar2 sekolah menengah... didapati 104 pelajar bersuhu badan lebih dari normal..dan batuk2. boleh kata 90% pelajar di syaki tidak sihat. Besoknya Jumaat, sekolah ditutup atas arahan KKM. Jadi tak pasai2 si shida cuti seminggu...... tu lah kalau tahu si am dah buleh cuti pi halimun buat kali ketiga..... hehehe..... InsyaAllah....

Erm..... oklah.... esok si am nak keje pulak... kena le tido awal2 sikit... ok.

Ilal liqo` Ma`assalamah...