Friday, March 29, 2013

Salam Sayang Buat Semua...

Salam semua...
 
Memang dah lama tak update blog ni.... hampir dua tahun.... dan sekarang rasanya baru nak menulis semula...
 
Alhamdulillah... tahun ini 2013 in sha Allah tamatlah pengajianku di UKM... pejam celik dah hampir 4 tahun PBJJ aku di UKM dan result sem 7 baru2 ini alhamdulillah sangat memberangsangkan.... PNG 3.54!! Terkejut memang terkejut dan ianya tak mustahil dan ini semua Kurniaan Allah dan berkat doa2 org yang aku sayang...isteriku, Abah, Umi, mak dan ayah mertuaku juga adik-beradikku dan aku yakin jika aku berusaha lagi pasti aku dapat lebih lagi....
 

Ini adalah keputusan kedua terbaik dalam rekod aku study di UKM selepas memperoleh PNG 3.64 pada semester 5.... In- Sha Allah dengan rezeki yang Allah kurniakan itu menambahkan lagi semangat aku untuk terus berjaya dengan cemerlang pada semester akhir ini (sem 8) dan berjaya juga untuk menyiapkan tesis (kajian ilimiah) aku tentang bidang yang aku gemari iaitu Ekonomi Islam di bawah tajuk " Pelaburan Emas : Kajian mengenai Isu Hukum Syarak dan Perundangan di Malaysia"
 
Sementalahan itu, kini aku juga sedang berjinak-jinak dengan bisnes Emas dan Perak dengan sebuah Syarikat Melayu Bumiputra iaitu Gold Silver Resources Sdn. Bhd. yang mana beribu pejabat di  Shah Alam Selangor. Pelan Pemasaran dan Bisnes yang menarik dan mencabar ini menyebabkan aku tertarik untuk turut serta menjadi sebahagian dari syarikat ini dan sehingga kini syarikat telah ada lebih seribu dealer sah berdaftar seluruh negeri di malaysia!! Aku begitu teruja kerana baru setahun lebih ia ditubuhkan iaitu pada tahun 2011, ia berjaya menarik minat rakan2 dealer yang yang lain.
 
Lebih2 lagi ia berkaitan EMAS yang umum tahu bahawa ianya sesuatu yang berharga dan merupakan aset terbaik sepanjang zaman dan rekod kenaikannya setiap tahun dan tidak akan jatuh nilainya sepanjang zaman. Dek kerana ianya ada berkaitan dengan Hukum Hakam di dalam penjualan dan pembelian Emas yang merupakan barang Ribawi, aku tertarik untuk menkgaji isu hukum hakam di sebalik transaksinya... In Shaa Allah kini sedang menyiapkan Bab 1 dan In Shaa Allah aku target bulan 6 akan aku siapkan keseluruhan Bab sehingga Bab 5.
 
Oklah cukup setakat ini dulu.... nanti boleh sambung bercoret lagi...k.
 
:-D..

2 comments: