Tuesday, August 18, 2009

TIDAK TERLALU BERLEBIHAN DALAM BERKASIH SAYANG DAN MARAH

Dari Sayyidina Ali r.a, katanya: " Kasihilah kekasihmu sekadar cuma, kerana mungkin sekali ia akan bertukar menjadi orang yang engkau benci suatu hari nanti, dan marahlah orang yang engkau benci sekadar cuma, kerana mungkin sekali ia akan bertukar menjadi orang yang engkau sanyangi suatu hari nanti."
Sebuah kata pepatah ada menyebut: " Tidaklah kekasihmu itu melampau dan tidak jua marahmu itu membinasakan."
Menurut segolongan ahli bijaksana:"Janganlah kamu keterlaluan dalam persaudaraanmu, kerana ia mungkin akan menyebabkan kamu meninggalkan saudaramu itu (kelak). Dan seandainya dia mengetahui segala rahsiamu sewaktu masih bersaudara, maka tidak mustahil jika suatu masa nanti dia akan bertukar menjadi kebencianmu sewaktu berlakunya perpisahan."
Alangkah indahnya, apa yang telah diriwayatkan oleh Ar-Raafie dari Abu Ishak As-Subaie, bahawa dia telah berkata: Pada suatu ketika, Sayyidina Ali r.a sedang bermuzakarah dengan para sahabat dan teman- temannya tentang adab yang baik dengan katanya:
"jadilah engkau umpama bahan galian bagi kebaikan dan maafkanlah (manusia) dari kesakitan ( yang engkau terima ), kerana sesungguhnya engkau melihat apa yang telah engkau lakukan dan dengar.
Dan kasihilah ( orang lain ) dengan tidak keterlaluan, kerana engkau tidak tahu bilakah engkau akan bermusuhan (dengannya)."
"Dan marahlah (orang lain) dengan perasan marah yang tidak melampau, kerana engkau tidak tahu bilakah cinta kasih itu akan kembali."

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak.....

Alhamdulillah..... tiga hari lagi dah masuk bulan Ramadhan Al-Mubarak..... (masa kecik2 dulu panggil bulan puasa) menurut perhitungan kalendar hari Sabtu ni 22.08.2009 (sabtu)... tapi masih kena tengok anak bulan.....
Kat opis aku dah dapat Kalendar Imsak dan berbuka.... istimewa lagi sebab sebelah kalendar tu ada gambar orang kuat Melaka ( TYTT dan CM) sedang buat cerapan anak bulan..... kira lain dari lain la.... Cantik....
Perancangan balik Rompin, Pahang akan berjalan seperti dirancang... InsyaAllah kalau larat malam jumaat(21.8.09) akan bertolak balik tapi sayang jugak sebab terlepas Solat Tarawikh malam pertama..... Erm..... tapi kalau balik Sabtu pagi ok jugak rasanya sebab malam jumaat dapat Solat Tarawikh malam pertama dan insyaAllah untuk malam2 seterusnya.... istiqomah..... Takpelah.....nanti kena buat comfirmation semula dan akan bagitau umi abah....
Umi abah.... anakanda berdua akan balik sambut Ramadhan dengan umi abah...
Seronok rasanya adik-beradik lain ada jugak balik..... bestnye dapat sambut Ramadhan ramai2....
Bila di hitung2...dan dekat 2 bulan kami tak balik Pahang... terkenang wajah umi abah menanti kepulangan kami..... tapi akibat kekangan masa dan kerja.... Si Shida cikgu.. susah sikit nak cuti.....terpaksa tangguhkan sehingga ada kelapangan masa.... kebetulan minggu depan cuti sekolah seminggu..... jadi my wife cuti dan aku pun apply cuti 1 day hari Isnin..... jadilah......
Oklah.... nanti lain masa kami tulis lagi..... ok.
Ilal Liqo` Ma`as salamah....