Dari Sayyidina Ali r.a, katanya: " Kasihilah kekasihmu sekadar cuma, kerana mungkin sekali ia akan bertukar menjadi orang yang engkau benci suatu hari nanti, dan marahlah orang yang engkau benci sekadar cuma, kerana mungkin sekali ia akan bertukar menjadi orang yang engkau sanyangi suatu hari nanti."
Sebuah kata pepatah ada menyebut: " Tidaklah kekasihmu itu melampau dan tidak jua marahmu itu membinasakan."
Menurut segolongan ahli bijaksana:"Janganlah kamu keterlaluan dalam persaudaraanmu, kerana ia mungkin akan menyebabkan kamu meninggalkan saudaramu itu (kelak). Dan seandainya dia mengetahui segala rahsiamu sewaktu masih bersaudara, maka tidak mustahil jika suatu masa nanti dia akan bertukar menjadi kebencianmu sewaktu berlakunya perpisahan."
Alangkah indahnya, apa yang telah diriwayatkan oleh Ar-Raafie dari Abu Ishak As-Subaie, bahawa dia telah berkata: Pada suatu ketika, Sayyidina Ali r.a sedang bermuzakarah dengan para sahabat dan teman- temannya tentang adab yang baik dengan katanya:
"jadilah engkau umpama bahan galian bagi kebaikan dan maafkanlah (manusia) dari kesakitan ( yang engkau terima ), kerana sesungguhnya engkau melihat apa yang telah engkau lakukan dan dengar.
Dan kasihilah ( orang lain ) dengan tidak keterlaluan, kerana engkau tidak tahu bilakah engkau akan bermusuhan (dengannya)."
"Dan marahlah (orang lain) dengan perasan marah yang tidak melampau, kerana engkau tidak tahu bilakah cinta kasih itu akan kembali."
No comments:
Post a Comment