Tuesday, November 10, 2009

Banyak Keje Sekarang.....

Salam buat semua....
Erm....dah akhir-akhir tahun ni..banyak pulak keje yang si am kena buat... Baru-baru ini tempat kerja si am merancang utnuk melaksanakan Amalan 5 S... ISO MS: 9001:2008....
Jadi disebabkan nak laksanakan perkara-perkara tersebut, mestilah ada Ahli jawatankuasa..... antaranya si am ni di taklifkan untuk memegang salah satu zon dalam pelaksanaan 5S.....iaitu ZON KERJA.... yang mana memang banyak kerja.... tapi insyaAllah dia akan dibantu oleh ahli-ahlinya... seperti dalam temanya ..."Apa Yang Penting? Kerjasama......" erm... tag Wonderpet jugak yang diambil.. sebab apa? sebab memang wording tu menjurus terus kepada Kerjasama!!.... tak salah kan....
Ok kita pergi pulak ke kerje si am seterusnya.. iaitu Pelaksanaan ISO.... si am sekali lagi ditaklifkan menjadi ahlijawatankuasa Dokumentasi di bawah seliaan Ust Pegawai Penyelidik Mahkamah.... namanya....tet.... (dirahsiakan untuk tujuan tak nak bagi populer...hehhe)......
Alhamdulillah.. di beri kepercayaan tetapi jauh di sudut hati memikirkan mampu atau tidak si am ni laksanakan.... ??? doak2kan lah....
erm..oklah nanti tulis lagi.....
Ilalliqo` Ma`as salamah....

Sunday, October 11, 2009

Alhamdulillah Akhirnya........

Salam buat semua......

Memang dah lama si am tak update blog ni.... entahla...mcm takde mod je....
tapi kali ni nak update jugak sbb nak inform berita gembira.......
Beritanya insyaAllah si am akan menjadi `ABI' tak lama lagi....... dan si shida akan jadi 'MAMA'.... dijangka kelahiran baby kami tu pada 14-5-2010.... Alhamdulillah syukur sangat2.....
Ceritanya begini... kami pun tak tau yang sebenarnya si shida dah ada isi.... sebab hari tu dia selalu sakit2 perut...... kami syak kena sakit perut...keracunan makanan ke.... apa ke....???
Cek punya cek rupanya si shida pregnant! doktor kata dah masuk 6 minggu.... gembira tak terkata sebab peristiwa si shida mengalami keguguran bulan 4 lepas masih menghantui kami lagi.... tapi Allah Maha Pemurah, Maha Pemberi... DIA bagi rezeki kepada kami lagi..... bulan 8 rasanya ia menjadi.... Syukur kami panjatkan pada ILAHI dan mungkin berkat doa RAMADHAN yang tidak putus2.... juga berkat doa umi,abah,mak dan ayah..... dan saudara2 kami semua... kawan2 dan sahabat2.... Terima Kasih kalian semua.....
Apa yang kami harapkan, kalian doakan semoga kandungan ini selamat dilahirkan pada masanya....Amin Ya Rabb.....
Kami juga doakan agar Adik kami yang dok UIAM tu cepat2 dapat baby...amin...

Monday, September 7, 2009

Ramadhan dah nak beransur pergi.... sedihnya....


Salam buat semua.....


Tak lama lagi Ramadhan akan tinggalkan kita... sedih sangat sebab masih tak dapat rebut sungguh2 peluang yang ada untuk berbuat kebaikan dan kebajikan.... Tapi insyaAllah, dengan semangat Lailatul Qadar... InsyaAllah sama-sama kita rebut dan dapatkannya. Di saat itu, malaikat-malaikat akan turun ke bumi dengan perintah Allah Ta`ala dan akan membawa bersama-sama mereka DOA-DOA manusia, Ummat Manusia Mu`min yang dapat menikmati Malam Lailatul Qadar tersebut yang termaktub di dalam Kitab Allah, adalah malam yang LEBIH BAIK dari SERIBU bulan......


Sama-sama kita rebut dan cari peluang untuk bertemu dengan Malam tersebut. Sesungguhnya HAMBA ALLAH yang terpilih sahaja akan dapat menikmatinya....


Ya Allah, Kami mohon agar Engkau pilihlah kami di antara mereka-mereka yang Engkau bangkitkan untuk beribadat di Malam ISTIMEWA -Mu itu Ya Allah....


Ilal Liqo` Ma` Assalamah.....

Wednesday, September 2, 2009

Selamat Ulangtahun Miera ke - 3 tahun"


Ni le anak sedare ku....Nurul Amira binti Muhammad Azri...

Friday, August 28, 2009

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit.....

(Petikan dari Malaysiakini.com)

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub". Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan.

Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.Apa sebenarnya semua fenomena ini?Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan. Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values.

The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.

"Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal. Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub.

Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:1 – mengurangkan penduduk dunia, dan2 – menjual ubatan.Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal. DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia. DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan.

Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

Wednesday, August 26, 2009

Salam Ramadhan.....


"Selamat berpuasa kepada semua sahabat-sahabat seIslam....."

Tuesday, August 25, 2009

Aduhai muslimat..sedarilah hakikat ini..

Ibnu_Muaz menulis "Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah,
PERTAMA - AYAHNYA
- Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
KEDUA - SUAMINYA
-Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
KETIGA ABANG-ABANGNYA
-Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
-Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.
Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita. Wallahua'lam bissowab"

Monday, August 24, 2009

Seronoknya Balik Kampung....Rompin, Pahang.!!!

Salam Ramadhan buat umat Islam semua.......
Alhamdulillah..... syukur pada Yang Esa kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udaranya di bulan Ramadhan yang mulia ini.... dan detik yang paling bahagia sekali ialah kami dapat menyambut Ramadhan bersama Umi dan abah tercinta.... setelah hampir 2 bulan tak balik..... Seronok sangat... tapi ingat kan sempat jugak jumpa abg ngan Kak long ngan anak-anak sedare yang cumil..... rupanya tak sempat.... takpelah mungkin lain kali dapat kot jumpa....
Teringat lagi masa sampai tu... kami tengok banyak sangat lauk-pauk yang Umi masak... kononnya nak menyambut dua keluarga balik.... macam-macam lauk antaranya ayam percik, ikan selar kuning yang digoreng rangup..... dan macam-macam lagilah.....
Erm..tapi takpelah...Umi abah dan kami je yang akan setelkan sedaya mampu... tak nabis jugak sebabnya perut dah sarat tak mampu nak habiskan.... jadi lauk-pauk tu ditransfer ke SAHUR esoknya...
Kami luangkan masa bersama Umi Abah selama 4 hari 3 malam.... Sama-sama sahur, berbuka puasa, solat Maghrib sama-sama, pergi solat Subuh,Isyak dan Tarawikh sama-sama... erm seronoknya....
Menu berbuka hari pertama best!! Kami makan LAKSA LEMAK KAMPUNG SEPAYANG... itulah yang kami tunggu2 dan impi2kan bila balik rompin..... bukan saja makan untuk berbuka tapi foward sekali masa sahur... rindu sangat masakan umi abah tu.....
Menu berbuka hari kedua best jugak!!! Bee Hon Sup Ayam..... erm...sedap.... Lain dari yang lain.... biasalah air tangan ibu.. mana boleh lupa.... air tangan si Shida ada jugak...hehehe....!!! sebab dia tolong Umi... hehehe.....
Boleh kata si am ni tak jumpa nasi la bila time buka puasa..... yelah..nasi bila-bila pun boleh makan.....
Isnin pagi kami bertolak balik... sedih jugak sebab bila lagi berpeluang balik.... tapi Umi Abah jangan risau..kami semua akan balik RAYA KEDUA tahun ni.... sebab RAYA PERTAMA dah janji nak raya rumah mertua masing..... Abang Long di Keratong, Angah di Kuantan, si Am di Melaka dan si Izu di Johor..... Epah Izat erm...mana lagi... Rompin la.... teman umi abah dulu..ok. Kami On The way..... hehehe... I Follow....
Erm..oklah celoteh kali ini... cuma nak sama-sama ingatkan.... sama-samalah kita banyak ibadah sempena bulan yang Mulia ini.... ibadah SUNAT Allah janjikan pahalanya seperti ibadah WAJIB.... jadi tak rugi kita berkejar nak buat malah bertambah pahalanya.... InsyaAllah sama-sama kita cuba laksanakan... ok. AMIN...
Ilal liqoq... Ma`as salamah...
RAMADHAN KARIM.......

Tuesday, August 18, 2009

TIDAK TERLALU BERLEBIHAN DALAM BERKASIH SAYANG DAN MARAH

Dari Sayyidina Ali r.a, katanya: " Kasihilah kekasihmu sekadar cuma, kerana mungkin sekali ia akan bertukar menjadi orang yang engkau benci suatu hari nanti, dan marahlah orang yang engkau benci sekadar cuma, kerana mungkin sekali ia akan bertukar menjadi orang yang engkau sanyangi suatu hari nanti."
Sebuah kata pepatah ada menyebut: " Tidaklah kekasihmu itu melampau dan tidak jua marahmu itu membinasakan."
Menurut segolongan ahli bijaksana:"Janganlah kamu keterlaluan dalam persaudaraanmu, kerana ia mungkin akan menyebabkan kamu meninggalkan saudaramu itu (kelak). Dan seandainya dia mengetahui segala rahsiamu sewaktu masih bersaudara, maka tidak mustahil jika suatu masa nanti dia akan bertukar menjadi kebencianmu sewaktu berlakunya perpisahan."
Alangkah indahnya, apa yang telah diriwayatkan oleh Ar-Raafie dari Abu Ishak As-Subaie, bahawa dia telah berkata: Pada suatu ketika, Sayyidina Ali r.a sedang bermuzakarah dengan para sahabat dan teman- temannya tentang adab yang baik dengan katanya:
"jadilah engkau umpama bahan galian bagi kebaikan dan maafkanlah (manusia) dari kesakitan ( yang engkau terima ), kerana sesungguhnya engkau melihat apa yang telah engkau lakukan dan dengar.
Dan kasihilah ( orang lain ) dengan tidak keterlaluan, kerana engkau tidak tahu bilakah engkau akan bermusuhan (dengannya)."
"Dan marahlah (orang lain) dengan perasan marah yang tidak melampau, kerana engkau tidak tahu bilakah cinta kasih itu akan kembali."

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak.....

Alhamdulillah..... tiga hari lagi dah masuk bulan Ramadhan Al-Mubarak..... (masa kecik2 dulu panggil bulan puasa) menurut perhitungan kalendar hari Sabtu ni 22.08.2009 (sabtu)... tapi masih kena tengok anak bulan.....
Kat opis aku dah dapat Kalendar Imsak dan berbuka.... istimewa lagi sebab sebelah kalendar tu ada gambar orang kuat Melaka ( TYTT dan CM) sedang buat cerapan anak bulan..... kira lain dari lain la.... Cantik....
Perancangan balik Rompin, Pahang akan berjalan seperti dirancang... InsyaAllah kalau larat malam jumaat(21.8.09) akan bertolak balik tapi sayang jugak sebab terlepas Solat Tarawikh malam pertama..... Erm..... tapi kalau balik Sabtu pagi ok jugak rasanya sebab malam jumaat dapat Solat Tarawikh malam pertama dan insyaAllah untuk malam2 seterusnya.... istiqomah..... Takpelah.....nanti kena buat comfirmation semula dan akan bagitau umi abah....
Umi abah.... anakanda berdua akan balik sambut Ramadhan dengan umi abah...
Seronok rasanya adik-beradik lain ada jugak balik..... bestnye dapat sambut Ramadhan ramai2....
Bila di hitung2...dan dekat 2 bulan kami tak balik Pahang... terkenang wajah umi abah menanti kepulangan kami..... tapi akibat kekangan masa dan kerja.... Si Shida cikgu.. susah sikit nak cuti.....terpaksa tangguhkan sehingga ada kelapangan masa.... kebetulan minggu depan cuti sekolah seminggu..... jadi my wife cuti dan aku pun apply cuti 1 day hari Isnin..... jadilah......
Oklah.... nanti lain masa kami tulis lagi..... ok.
Ilal Liqo` Ma`as salamah....

Wednesday, August 12, 2009

A Farmosa Resort..... Kau tunggu kami!!!....

Salam buat semua....... erm... tajuk kali ni memang best!! Nama pun rezeki yang tak disangka-sangka....
Baru-baru ni jabatan si am iaitu JKSM dgn kerjasama Mahkamah Melaka menganjurkan Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia.... bertempat di A Farmosa Resort Melaka....
Malam yang kedua diadakan Majlis Makan Malam bersama Tan Sri Ketua Pengarah JKSM...
Nak di jadikan cerita.... diadakan Cabutan Bertuah pada malam tersebut.... ALhamdulillah hadiah2 yang ditawarkan menarik minat semua yang hadir..... termasuklah si am ni ha....
Memang dari rumah lagi tak budjet pun nak dapat sebab selama cabutan bertuah dibuat... langsung tak pernah dapat!!! tu yang malas nak mengharap.... nanti tak dapat...balik rumah muka sedih.....
Si am pulak bila dah ramai member-member dipanggil namanya untuk ambik hadiah... ada antara hadiahnya percutian di A Farmosa resort 2 hari satu malam di hotelnya...kemudian dapat free tiket untuk 2 org ke Waterworld, Cowboy town dan Safari night yang semuanya ada dalam resort tu... erm..kalau dihitung2 nilai hadiah tu lebih kurang RM 300.00!!! wow...bestnye.....
Yang tak tahan tu...member sebelah si am tu dapat hadiah A Farmosa Resort!! apa lagi si am mula pasang angan2 yang dapat jugak.... mulut tak habis2 berdoa....
Sekali tup2....nombor si am dipanggil... 220....220 sila naik ke pentas!!! terkejut si am... tak cakap banyak naik terus.... dari jauh si am dah nampak sampul surat panjang.... ha...sah dapat jugak hadiah best tu!!! Alhamdulillah....ucap si am.... akhirnya dapat jugak.... Allah dengar hati kecik si am tu...amin....
Erm...lepas2 ni boleh planing untuk Honeymoon yang ketiga.....hehehe... melaka pun melaka lah.... janji FREE.....
Ilal Lqo` Ma `assalamah....

Sunday, August 2, 2009

Dah masuk bulan merdeka...

Salam buat semua.....

Hari ni 2 ogos 2009... hari kedua di bulan kemerdekaan... si shida cuti seminggu... tak ngajar sebab sekolahnye tutup akibat H1N1.... langkah berjaga-jaga dari dijangkiti... katanya sehari sebelum sekolah ditutup pada 31.7.09 lepas, pihak pejabat kesihatan datang buat saringan pada semua pelajar2 sekolah menengah... didapati 104 pelajar bersuhu badan lebih dari normal..dan batuk2. boleh kata 90% pelajar di syaki tidak sihat. Besoknya Jumaat, sekolah ditutup atas arahan KKM. Jadi tak pasai2 si shida cuti seminggu...... tu lah kalau tahu si am dah buleh cuti pi halimun buat kali ketiga..... hehehe..... InsyaAllah....

Erm..... oklah.... esok si am nak keje pulak... kena le tido awal2 sikit... ok.

Ilal liqo` Ma`assalamah...

Wednesday, July 29, 2009

Sakit perut...muntah2....

Salam buat semua.....
Entahla.... sehari dua ni si am ni sakit perut..muntah2.... katanya masa lunch semalam makan kat kantin opis....makan lauk daging.... pastu perut rasa tak sedap..... tekak rasa loya nak muntah... erm.... makanan tak bersih kot......... si am ni agak2 mcm alah si shida pregnant agaknya... hehe....tapi entahla....
Balik rumah terus terbaring atas katil....badan lemah2..... masa maghrib nak mandi terus muntah2..... kepala pening...badan sengal2..... si shida bagi 2 biji penadol sambil urut2 kepala.... tertido la si am..... sampai jam 11.00 baru bangun.... badan rasa segar sikit tapi rasa sengal2 badan ada lagi....perut still masih sakit tapi takla mcm petang tadi....
Hari ini 29.7.09 si am pergi jugak kerja tapi tak tahan badan rasa lemah tengahari pergi klinik ambil ubat... terus balik rumah rehat.... doktor bagi M.C satu hari....
Tapi whatever pun ini ujian Allah... Kaffarah dosa2.... DAGING tu sebagai asbab je.....
Apa yang penting...usaha cari penawar di klinik walau berhabis puluh ringgit.....telah dibuat.....
Harap esok si am sihat wal afiat..boleh jalankan tugas seperti biasa.... amin....
DOAKAN KAMI DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH.... AMIN...

Sunday, July 26, 2009

First Time...

Salam buat semua.....
Ni la first time nak join blog ni.... sejak kami bergelar Suami dan Isteri..
Matlamat tercreatenya blog kami ni nak berkongsi pengalaman kami hidup berumahtangga dan selain itu nak berkongsi cerita-cerita berpengajaran dan berguna di samping tazkirah berguna untuk kami dan sahabat-sahabat semua....
InsyaAllah, lepas ni nanti kita mula ok....
Ilal Liqo`....
Wassalam....