Friday, March 29, 2013

Salam Sayang Buat Semua...

Salam semua...
 
Memang dah lama tak update blog ni.... hampir dua tahun.... dan sekarang rasanya baru nak menulis semula...
 
Alhamdulillah... tahun ini 2013 in sha Allah tamatlah pengajianku di UKM... pejam celik dah hampir 4 tahun PBJJ aku di UKM dan result sem 7 baru2 ini alhamdulillah sangat memberangsangkan.... PNG 3.54!! Terkejut memang terkejut dan ianya tak mustahil dan ini semua Kurniaan Allah dan berkat doa2 org yang aku sayang...isteriku, Abah, Umi, mak dan ayah mertuaku juga adik-beradikku dan aku yakin jika aku berusaha lagi pasti aku dapat lebih lagi....
 

Ini adalah keputusan kedua terbaik dalam rekod aku study di UKM selepas memperoleh PNG 3.64 pada semester 5.... In- Sha Allah dengan rezeki yang Allah kurniakan itu menambahkan lagi semangat aku untuk terus berjaya dengan cemerlang pada semester akhir ini (sem 8) dan berjaya juga untuk menyiapkan tesis (kajian ilimiah) aku tentang bidang yang aku gemari iaitu Ekonomi Islam di bawah tajuk " Pelaburan Emas : Kajian mengenai Isu Hukum Syarak dan Perundangan di Malaysia"
 
Sementalahan itu, kini aku juga sedang berjinak-jinak dengan bisnes Emas dan Perak dengan sebuah Syarikat Melayu Bumiputra iaitu Gold Silver Resources Sdn. Bhd. yang mana beribu pejabat di  Shah Alam Selangor. Pelan Pemasaran dan Bisnes yang menarik dan mencabar ini menyebabkan aku tertarik untuk turut serta menjadi sebahagian dari syarikat ini dan sehingga kini syarikat telah ada lebih seribu dealer sah berdaftar seluruh negeri di malaysia!! Aku begitu teruja kerana baru setahun lebih ia ditubuhkan iaitu pada tahun 2011, ia berjaya menarik minat rakan2 dealer yang yang lain.
 
Lebih2 lagi ia berkaitan EMAS yang umum tahu bahawa ianya sesuatu yang berharga dan merupakan aset terbaik sepanjang zaman dan rekod kenaikannya setiap tahun dan tidak akan jatuh nilainya sepanjang zaman. Dek kerana ianya ada berkaitan dengan Hukum Hakam di dalam penjualan dan pembelian Emas yang merupakan barang Ribawi, aku tertarik untuk menkgaji isu hukum hakam di sebalik transaksinya... In Shaa Allah kini sedang menyiapkan Bab 1 dan In Shaa Allah aku target bulan 6 akan aku siapkan keseluruhan Bab sehingga Bab 5.
 
Oklah cukup setakat ini dulu.... nanti boleh sambung bercoret lagi...k.
 
:-D..

Wednesday, August 17, 2011

Sambut Ramadhan Bersama Umi Abah























Salam semua...






Seronok nak bercerita tentang sambut Ramadhan bersama Umi Abah tercinta di Rompin, Pahang. Kepulangan saya dan isteri serta anak disambut umi bersama cucu senawang dia (Danish).... Danish bukan masin seronok dapat member...Irfan... Irfan pun sama...melompat2 seronok agaknyer.... kali ni dia dah tak berapa takut dah nak bersama-sama dengan Wan dan Aki dia.... dah besor la katakan..... Ingat lagi petang sebelum esoknya puasa.. Kami berkelah beramai-ramai. Along balik, Angah Balik..... Izu balik tapi dia sampai dah malam masa kami balik dari pantai....xpelah zu..... lain kali kita pergi sama-sama.... tapi malam tu jugak kami ramai-ramai sambut besday qila yang ke-24.... erm..okla tu...x dapat gi pantai dapat makan kek.....






Rasa tu je la nak cite.... lain kali kita cite lagi...k

Thursday, August 4, 2011

Alhamdulillah...rezeki dari-Nya..

Syukur alhamdulillah kami dikurniakan lagi cahaya mata kedua.... InsyaAllah dengan inayah dan rahmat Allah, baby kami akan melihat dunia pada Mac 2012. Mamanya dah mula kembali seperti dulu untuk 1-3 bulan pertama ni...mual2..tak desap badan...tak buleh nak masuk nasi.... bila sahur dapat masuk maggi laksa asam jer...tu je yg lepas..... tapi InsyaAllah, ianya sekejap je...harap2 lepas fasa pertama ni zaujati akan berkeadaan seperti biasa.....

Tahniah jugak buat angah dan kakngah untuk atas kelahiran anak keduanya...Baby Girl... nama apa tu agaknye?? Kita tunggu je lah...k. Bulan Ramadhan gitu....Anak Ramadhan la katakan..InsyaAllah semoga menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada Abi n Uminya...

Sikit je nak cite...mcm takde idea sangat... lain kali saya coret lagi ek....

Wassalam..

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H...



Salam Buat Semua...

Alhamdulillah..... rasanya dah dekat setahun tak update blog ni.... dah terlupa sebenarnya passwordnya..tetapi dengan takdir Allah, saya ketemu semula password saya ni...alhamdulillah...bolehlah saya mencoret sedikit sebanyak aktiviti2 family saya di sini.

Alhamdulillah..dapat lagi saya bertemu Ramadhan 1432H kali ini. Dulu sambut hanya berdua, kini dah bertiga. tup...tup..anak dah berumur 1 tahun 2 bulan....

takpelah untuk kali ni sekejap je singgah...nanti kalau ada kesempatan boleh saya coret lagi.... banyak cerita nak dikongsi... ok..

Wassalam...

Tuesday, November 10, 2009

Banyak Keje Sekarang.....

Salam buat semua....
Erm....dah akhir-akhir tahun ni..banyak pulak keje yang si am kena buat... Baru-baru ini tempat kerja si am merancang utnuk melaksanakan Amalan 5 S... ISO MS: 9001:2008....
Jadi disebabkan nak laksanakan perkara-perkara tersebut, mestilah ada Ahli jawatankuasa..... antaranya si am ni di taklifkan untuk memegang salah satu zon dalam pelaksanaan 5S.....iaitu ZON KERJA.... yang mana memang banyak kerja.... tapi insyaAllah dia akan dibantu oleh ahli-ahlinya... seperti dalam temanya ..."Apa Yang Penting? Kerjasama......" erm... tag Wonderpet jugak yang diambil.. sebab apa? sebab memang wording tu menjurus terus kepada Kerjasama!!.... tak salah kan....
Ok kita pergi pulak ke kerje si am seterusnya.. iaitu Pelaksanaan ISO.... si am sekali lagi ditaklifkan menjadi ahlijawatankuasa Dokumentasi di bawah seliaan Ust Pegawai Penyelidik Mahkamah.... namanya....tet.... (dirahsiakan untuk tujuan tak nak bagi populer...hehhe)......
Alhamdulillah.. di beri kepercayaan tetapi jauh di sudut hati memikirkan mampu atau tidak si am ni laksanakan.... ??? doak2kan lah....
erm..oklah nanti tulis lagi.....
Ilalliqo` Ma`as salamah....

Sunday, October 11, 2009

Alhamdulillah Akhirnya........

Salam buat semua......

Memang dah lama si am tak update blog ni.... entahla...mcm takde mod je....
tapi kali ni nak update jugak sbb nak inform berita gembira.......
Beritanya insyaAllah si am akan menjadi `ABI' tak lama lagi....... dan si shida akan jadi 'MAMA'.... dijangka kelahiran baby kami tu pada 14-5-2010.... Alhamdulillah syukur sangat2.....
Ceritanya begini... kami pun tak tau yang sebenarnya si shida dah ada isi.... sebab hari tu dia selalu sakit2 perut...... kami syak kena sakit perut...keracunan makanan ke.... apa ke....???
Cek punya cek rupanya si shida pregnant! doktor kata dah masuk 6 minggu.... gembira tak terkata sebab peristiwa si shida mengalami keguguran bulan 4 lepas masih menghantui kami lagi.... tapi Allah Maha Pemurah, Maha Pemberi... DIA bagi rezeki kepada kami lagi..... bulan 8 rasanya ia menjadi.... Syukur kami panjatkan pada ILAHI dan mungkin berkat doa RAMADHAN yang tidak putus2.... juga berkat doa umi,abah,mak dan ayah..... dan saudara2 kami semua... kawan2 dan sahabat2.... Terima Kasih kalian semua.....
Apa yang kami harapkan, kalian doakan semoga kandungan ini selamat dilahirkan pada masanya....Amin Ya Rabb.....
Kami juga doakan agar Adik kami yang dok UIAM tu cepat2 dapat baby...amin...